Pages

Thursday, 19 April 2012

Kek Batik



Salam..Last time aku belajar buat puding biskut marie dari makjang ..(adik mak aku yang ke -6)...Dah kawen dan mempunyai 4 orang anak. Mmg standard keluarga belah mak..masing-masing capai standard anak at least 4 orang.sama cam mak aku juga 4 orang..

Ni lah kueh favourite aku time bulan puasa aku just panggil kek batik,but makjang aku gelarnya puding biskut marie.Whatever lah.Asal aku faham yang kek batik dan puding biskut marie adalah benda yang sama.

Dah lama teringin nak belajar buat.Before ni pernah sekali buat time tu  kerja di taska.Planning dengan Kak Ju untuk buat kek ini.But that time totally salah buat.Tambah - tambah aku dengan Kak ju sama-sama tidak pernah menyediakan kueh ini.
But this time totally get how to make the perfect kek batik with perfect taste!Really Yummy...!










Bahan- Bahan
1. Tin (kecil ) susu pekat
2. 1 pack (kecil) milo
3. 6 biji telur (dipukul hingga kembang)
4. 800 gm biskut marie (patahkan)
5. 1tin air(tin susu tadi)
6. 1 sudu buttercup

Cara- Cara Penyediaan
1. Masak milo,susu,air,  buttercup dengan api yang sederhana sehingga sebati
2. Masukkan telur dan kacau dengan cepat untuk elak berketul. Masak hingga pekat.
3. Masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
4. Tekan adunan dalam bekas dialas dengan aluminium foil
5. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia dipotong.


Sangat Sedap Simplest method >_<
Selamat mencuba.

Resepi Lempeng Kelapa

Serius,first time makan lempeng kelapa yang sangat sedap,biasa makan mcm xcukup aumm..Kali ni mmg cukup rasa.Lemak-lemak berkrim..yummy cicah pulak dengan Kuah ayam percik ala-ala kari gitu..gila sedap hingga menjilat pinggan...bleh pulak..hehe...




Cara -Cara Penyediaan


  1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas 
  2. Air secukupnya
  3. Susu pekat satu sudu besar
  4. Garam secukupnya 
  5. Parutan kelapa muda ,lebih banyak jumlahnya lebih sedap
  6. Masak seperti biasa di atas kuali dengan api yang perlahan









Resepi Mee Bandung Mom

Syukur ke hadratNya.Aku masih hidup hingga ke saat ini.Baru ni  balik Pekan rumah keluarga. Dah sebulan tak balik.Rindu giler rumah!Ni la antara aktiviti  baru ni..Belajar memasak!Yup aku dah tua harus tahu masak,tak lama akan kawin....kenalah tunjuk bakat sikit baru mertua sayang.Ye x??Mee Bandung.Aku ingat susah sangat nak sedia rupanya senang la je sambil pejam mata pun boleh buat.hehe.. Bersama mak aku ke dapur menyediakan bahan-bahan.Dan kemudian meneruskan aksi-aksi mencampak bahan ke dalam kuali.Campak-campak je siap.Sedap weyh...
Try la resepi bawah nie..



Cara - Cara Penyediaan


1. Tumis bawang putih & halia sehingga naik bau
2. Masukkan daging/ayam yang dipotong kecil
3. Masukkan rencah mee bandung
4. Masukkan air secukupnya.
5. Masukkan kentang (sudah diblend) dan garam secukup rasa
6. *Masukkan telur (Goreng satu-satu)
7. Masukkan sayur sawi
8. Sedia dihidang bersama daun sup/daun bawang/tomata


Sedap sehingga menjilat sudu dan garpu...Nyummmy...;P