Pages

Sunday, 27 May 2012

Pertimbangan yang perlu diambil kira dalam memilih teman hidup


Pandangan dari seorang sahabat...

Assalamualaikum..wt sahabat ku yang ku kasihi...ces..poyo tol..
ni huraian mesej aku smlm... 
  1. Agama
  2. Keturunan
  3. Kekayaan
  4. Kecantikan
Agama yang paling penting sebab agama tu pedoman hidup.so bile ada agama secara automatiknye org tersebut boleh bimbing kita kearah kebaikan, tunjuk jalan yang betol. so apa-apa hal tak lah sesat.Contohnya orang yang ada agama. solat,puasa xtinggal. perkara yang haram n dilarang tak buat dan  amalan-amalan baik dia buat. so boleh la jadi ketua keluarga yang baik.kalau ketua dah senget..pengikut lagi la senget.

Kedua keturunan.Hendak la keturunan tu dari kalangan orang yang baik-baik..means bkn la org jht.org.Contohnya keturunan dia ada penyakit yang kronik,such as gila or penyakit yang turun secara keturunan such as cancer, thlasmia dan sebagainya.so  tak ada la keturunan tu berpenyakit. sebab Rasullah suka sekiranye umatnye sihat dan jauh dari penykit.

Kekayaan. Cari calon yang mmpunyai kekayaan kerana bila kahwin ni sama saja seperti berjihat ke jalan Allah.sebab duit tu boleh gune untuk teruskan hidup.kiranya kos hidup..tak ada la susah sangat..kais pagi mkn pagi..Tak pun suami tu  berkerja. Tapi jangan la risau sebab rezeki selepas kawin tu lain. Sebab Allah permudahkan dan  murahkn rezeki untuk family.janji usaha tu lebih la.

Kecantikan. ni element yang last skali.. calon 2 tak ada la ensem sgt mcm edward cullen.tp ckup la sekadar cantik dimata.tak la cacat. pling mudah sederhana sahaja.. 

so itu je la empat ciri yang penting..nak advance lagi aku kena tunggu respon dari ko n tunggu jawapan dari org yang lebih berilmu dari aku..moga-moga ko fhm la  syg..xfaham lagi nak aku terangkn lagi kena la dtg cni..t.ak wt carta hati lak wt ko..hehehe..LOL Asslamualaikum..


-Thanks my dearest friend-Siti Hajar~
(\_/)
(=’.’=)   I LOVE YOU
(“)_(“)


Mahukan Suami Jutawan


Scha Al-Yahya (bukan nama sebenar) , keliru  lelaki yang manakah yang harus dipilih untuk menjadi suami beliau. Iaitu, antara  Hussin (bukan nama sebenar) atau Aizat (bukan nama sebenar juga) . Hussin adalah seorang penjawat awam kerajaan dan merupakan bekas kekasih lamanya yang kini menagih cintanya semula. Manakala Aizat adalah kekasih barunya yang hadir setelah Husin meninggalkannya. Aizat adalah seorang jurutera di sebuah syarikat kecil.
Berdasarkan pekerjaan dua lelaki ini, Scha mengambarkan, kehidupan rumahtangga beliau mungkin akan lebih bahagia dan terjamin jika bersama Husin.
Lisa Surihani (bukan nama sebenar yer) ,  mengadukan tentang masalah beliau. Beliau amat mencintai seorang lelaki  bernamaJehan Miskin (bukan nama sebenar lah!) . Namun begitu, ibu-bapa mereka tidak berapa setuju dengan pilihannya disebabkan Jehan Miskin ini tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap. Menurut Lisa, Jehan sebenarnya sedang sibuk berusaha untuk membangunkan perniagaan beliau. Disebabkan itulah beliau tidak bekerja makan gaji.
Tiada siapa yang pasti siapa pilihan terbaik untuk mereka. Hanya mereka yang dapat menentukan siapakah pilihan terbaik mereka.
Namun begitu, ingin berkongsikan sedikit pandangan saya berkenaan hal ini.
Kebanyakan (tidak semua) gadis, sememangnya  mahukan lelaki yang kaya sebagai bakal suami mereka. “Lebih terjamin!”… kata mereka. Apa yang “terkamin!”.. sayapun tak pasti.  Namun begitu, lelaki yang kaya/jutawan.. selalunya.. adalah lelaki yang sudah berumur ataupun sudah beristeri empat.
Ramai gadis yang terlepas pandang hakikat ini, “jutawan-jutawan yang sudah beristeri” pada waktu ini, kebanyakkannya, sewaktu mereka berkahwin dulu, mereka bukanlah seorang  jutawan. Suatu masa dulu, mereka hanyalah seorang lelaki biasa, ada yang bekerja makan gaji, ada yang hanya bekerja dikilang dan ada juga yang hanya membantu ibu-bapa mereka berniaga di pasar malam. Namun begitu, selepas berkahwin, lelaki-lelaki ini berasa lebih bertanggungjawap untuk menyediakan kehidupan yang terbaik untuk keluarga mereka. Ditambah lagi dengan dorongan si isteri yang sentiasa memberikan sokongan hingga akhirnya.. suami mereka ini, berjaya dan menjadi jutawan.
Nasihat saya kepada gadis-gadis di luar sana, pekerjaan kekasih anda pada waktu ini sebenarnya adalah tidak begitu penting dan sama sekali tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk jaminan masa hadapan hidup anda. Apa yang lebih penting pada pandangan saya, ialah, memastikan bakal suami (kekasih) anda itu mempunyai ilmu yang bagus di dalam perihal pengurusan kewangan.
Bagaimana nak tahu kekasih anda itu bijak mengurus kewangan atau tidak?… Mudah sahaja! lelaki yang bijak menguruskan kewangan selalunya ( diulangi.. “selalunya” yer.. bukan “mesti”..)...
  • tidak merokok
  • tidak gemar memakai pakain berjenama
  • tidak mengubahsuai kenderaan
  • tidak mempunyai hobi “mewah” yang memerlukan beliau berhabisan banyak duit.
  • tidak mempunyai hutang kad kredit yang melampau.
  • mempunyai polisi insuran/takaful
  • ada mempunyai wang simpanan
Itulah antara beberapa ciri lelaki yang bijak menguruskan kewangan dan “mungkin” akan menjadi jutawan suatu hari nanti jika anda (sebagai isteri) bijak memberikan mereka semangat dan dorongan kearah itu.
Jadi.. timbang-timbangkanlah….Yosh!

Thursday, 24 May 2012

Doa Kekasih





Ya Allah ya tuhanku,
Sekiranya dia tercipta untukku, dan telah Engkau tuliskan aku miliknya, maka satukanlah hati kami, dan tetapkanlah hati kami diantara satu sama lain. Sesungguhnya ya Allah, aku terima dia sepenuhnya, sebagaimana telah Engkau ciptakan dia dan aku mohon padaMu, kiranya perasaan kami sama, maka bukakanlah hatinya untuk menerima aku seadanya, sebagaimana telah Engkau ciptakan aku, supaya Dia menerima segala kekuranganku. Engkau titipkanlah kerinduan diantara kami supaya kebahagiaan itu abadi, dan ya Allah, landaskanlah perhubungan kami pada jalan yang Engkau redhai, supaya dapat kami menyempurnakan agama kami. Jodohkanlah kami dan permudahkanlah segala urusan diantara kami.

Ya Allah yang maha pengasih,
Sekiranya aku bukan pemilik rusuknya, bukan dia yang Engkau takdirkan untukku, maka ya Allah, Engkau bawalah dia pergi daripadaku, lupuskanlah rasa cinta dan kasihku padanya. Sesungguhnya ya Allah, peliharalah aku daripada sakitnya perpisahan dan selamatkanlah aku daripada pedihnya kekecewaan. Engkau tenangkanlah hatiku dan pasrahkanlah aku akan takdirMu.

Ya Allah yang maha mengetahui,
Sesungguhnya, hanya Engkau yang mengetahui segala yang tersirat. Walau apapun akhirannya, aku bermohon padaMu supaya dia sentiasa di dalam lindunganMu, selamatkanlah dia daripada bahana di dunia dan di akhirat nanti, permudahkanlah segala urusannya dan ya Allah, Engkau berikanlah dia yang terbaik untuk hidupnya. Bantulah dia supaya semuanya nanti seimbang, di dunia dan di akhirat. Dan ya Allah, lindungilah dia daripada kejahatan orang padanya, walau dalam bentuk apa sekalipun.

Ya Allah yang maha penyayang,
Aku pasrah atas apa yang telah Engkau tuliskan untukku. Hanya Engkau yang mengetahui segala sesuatu, maka aku bermohon padaMu, berikanlah aku yang terbaik untuk hidupku. Permudahkan segalanya untukku dan bantulah aku agar sempurna hidupku, seimbang semuanya di dunia dan di akhirat nanti. Sesungguhnya ya Allah, aku terlalu ingin bahagia, aku ingin benar-benar bahagia, maka Engkau lapangkanlah hatiku dan cukupkanlah segalanya buatku. Pertemukanlah aku dengan dia yang merinduiMu, dengan dia yang mencintaiku, lebih daripada aku mencintainya agar kebahagiaan itu milikku.

Aku hambaMu ya Allah, sepenuhnya aku serahkan padaMu...

Amin

Wednesday, 23 May 2012

Tips untuk Bahagia







1. Jangan Takut dan bimbang
    Perasaan takut dan bimbang merupakan pemikiran yang tidak produktif. Sebahagian besar hal-hal yang kita takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita bimbang dan takut?
2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam
    Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Mahukah anda membawanya sepanjang hidup? …. Saya rasa tidak. Jangan sia-siakan energi kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energi kita tersebut untuk hal-hal yang positif.
3. Fokus Pada Satu Masalah
    Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu per satu. Jangan terpikirkan untuk menyelesaikan masalah secara sekaligus kerana justeru akan membuat kita semakin stress.
4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda
    Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesihatan tidur kita. Pemikiran dibawah sedar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak lena.
5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan
    Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah hal yang mulia, tetapi jika kita mengambil posisi terbesar untuk menyelesaikan masalah orang lain tersebut justeru itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri dengan posisi terbesar.
6. Jangan Hidup di Masa Lalu
    Mungkin terasa nyaman bagi kita mengingat hal-hal yang menyenangkan di masa lalu tetapi jangan anda terlena didalamnya. Konsentrasilah dengan apa yang terjadi saat ini, karena kita pun akan bisa merasakan banyak kebahagiaan di saat ini. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia jika kita merayakan apa yang terjadi saat ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.
7. Jadilah Pendengar yang Baik
    Mungkin sebahagian besar orang termasuk saya :) susah untuk menjadi pendengar yang baik. Justeru sebaliknya kita mengharapkan orang lain yang mendengarka masalah kita, tetapi sebetulnya dengan belajar mendengarkan orang lain, kita akan mendapatkan banyak hal baru yang dapat sangat berguna bagi kebahagiaan hidup kita.
8. Jangan Biarkan Kekusutan Mengatur dan Mengganggukan Hidup Anda
    Kasihanilah diri kita lebih dari apa pun, maksud saya adalah janganlah kita menyerah pada kekecewaan. Maju terus. Ambillah tindakan-tindakan positif dan lakukanlah dengan konsisten.
9. Bersyukurlah Selalu
    Bersyukur dan berterimakasihlah atas semua yang kita dapatkan, bukan hanya hal yang positif saja tetapi juga hal yang negatif, kerana saya percaya dibalik setiap hal yang negatif tersebut ada hal baik yang bisa kita pelajari.


Tuesday, 22 May 2012

Lapangkan Hatimu Dengan Taubat





LAPANGKAN HATIMU DENGAN TAUBAT
Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita? Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa? Jika terasa menyesal, itu petanda iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira… itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, Hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.
 Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan. Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.
Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat?  Amat malang di Ramadan 1432 H ini jika kita terlepas lagi peluang untuk diampunkan dosa seperti di Ramadan 1431 H yang lalu. Sedangkan bulan Ramadan yang sedang kita lalui ini  melimpah ruah dengan keberkatan, keampunan dan janji terlepas daripada api neraka.
Bagi orang yang beriman, peluang sebesar ini sangat dinanti. Sejak bulan Rejab lagi, mereka telah bersedia untuk menyambutnya dengan menyemarakkan ibadah. Mereka sedar Ramadan  Bayangkan, terlepas derjat dan pangkat di sisi Allah yang Maha Mulia, tentulah ruginya tidak terkira. Sedangkan manusia kini berebut-rebut mengejar pangkat di sisi manusia sesama manusia.
Pangkat di dunia tidak akan berguna selepas mati, sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia – dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah dan lain-lain, malah lebih berguna di akhirat nanti – kehidupan yang hakiki dan abadi.
Rasulullah SAW bersabda : “Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orangtuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke surga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. (HR. Ahmad)
Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah. Menyesallah dahulu, kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini… kerana menangis di akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.
Takuitilah akibat dosa yang kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isterti, suami, boss dan kawan-kawan pun sudah boleh menyebabkan hidup kita resah dan susah, apalagi murka Allah, Tuhan yang mencipta kita. Ya,   kita sering terlupa bencana akibat dosa boleh datang tiba-tiba. Lupakah kita dengan kaum Aad yang ditimpa bencana tepat ketika mana mereka berarak ria menuju ‘syurga’ ciptaan raja mereka? Apakah kita lupa bagaimana sikap Rasulullah SAW ketika baginda dan para sahabat melalui lokasi tempat kaum Aad dan Tsamud menerima bala? Baginda terlalu terganggu oleh ‘nostalgia dosa’ – hinggakan sejarah mencatitkan bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat menundukkan muka dan jangan memandang ke langit (tanda merendahkan diri) ketika melalui tempat tersebut.
Rasulullah SAW pernah berdoa memohon agar Allah tidak menurunkan bala bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan sembahyang dengan penuh tawaduk dan baginda berdoa:
“Tuhanku! Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat. (Sulaiman bin al-Ash’ath, Sunan Abi Daud)
Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, seorang insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk syurga. Padahal baginda insan yang mulia, para penduduk kota Madinah ialah para sahabat Rasulullah yang terkenal sebagai generasi al-Quran dan kota Madinah itu sendiri adalah kota suci yang penuh rahmat dan keberkatan. Dengan segala kelebihan itupun baginda masih tidak terasa ada jaminan keselamatan daripada bala bencana. Sinisnya, bagaimana nasib kita yang setiap masa bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan, kadang-kadang hidup di tengah kota yang di kelilingi premis dosa?
Walau bagaimanapun, bencana alam, penyakit-penyakit kronik, gejala sosial dan lain-lain masalah sebenarnya boleh membawa rahmat jika kita dapat mencungkil ibrahnya yang tersirat. la boleh diumpamakan sebagai racun kepada hati yang derhaka kepada Allah, tetapi penawar kepada hati yang tunduk dan patuh kepada Allah. Kata orang, “What happens ‘in’ you is more important than what happens ‘to’ you.” – apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita jauh lebih penting daripada apa yang berlaku kepada (‘di luar’) diri kita.
Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Bencana alam yang telah menimpa umat nabi-nabi terdahulu kerana kederhakaan dan kedegilan mereka walaupun telah diberi peringatan berkali-kali perlu diamat-amati.
Renungilah hakikat ini: Umat Nabi Nuh a.s yang tunduk kepada hasutan syaitan, yang mana syaitan itu diciptakan daripada api – Allah musnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar. Kaum Saba’ yang juga menyembah api, Allah musnahkan dengan banjir. Apabila api diagung-agungkan selalunya Allah datangkan air sebagai pemusnah.
Hukum ini terus berjalan sepanjang zaman. Apabila berlaku kemungkaran yang bermaharajalela di tengah umat manusia, Allah akan datangkan bala bencana sebagai azab yang memusnahkan mereka. Inilah yang telah berlaku kepada umat Nabi Lut, yang ditelan bumi kerana mengamalkan homoseksual dan lesbian. Kaum Nabi Salleh kerana curang dalam perniagaan. Kaum Aad dan Tsamud yang ditimpa hujan batu kerana kederhakaannya.
‘Tentera Allah’ (air, angin, tanah) dihantar kepada para pendosa yang engkar walaupun telah diberi peringatan berulang kali oleh nabi masing-masing. Sepanjang sejarah, sudah lapan bangsa pada lapan zaman yang telah mendapat akibat buruk daripada Allah SWT kerana mendustakan rasul yang diutus kepada mereka. Kelapan-lapan kaum itu ialah:
  • Kaum Nabi Nuh.
  • Ashabul Rass – mendustakan nabi mereka yang bernama Hanzalah. Mereka menyembah berhala.
  • Kaum Tsamud – kaum Nabi Salleh.
  • Kaum Aad – kaum Nabi Hud.
  • Firaun dan pengikutnya.
  • Kaum Nabi Luth.
  • Ashabul Aikah – kaum Nabi Syuaib.
  • Kaum Tubba’.
Untungnya, umat Nabi Muhammad mempunyai banyak kelebihan berkat kasih sayang Allah kepada Nabi-Nya – Muhammad SAW. Bencana tidak berlaku serta-merta kepada umat Nabi Muhammad sepertimana yang menimpa umat nabi-nabi terdahulu. Masih ada penangguhan dan diberi tempoh masa untuk memperbaiki diri.
Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau dan lain-lain (walaupun sudah hebat dan dahsyat) tetapi ini berkali-kali ganda lebih ringan berbanding bencana yang menimpa umat-umat terdahulu. Apapun, mesejnya tetap sama – sebagai peringatan dan amaran. Dengarkanlah ‘bisikan’ Allah ini. Jangan sampai kita terpaksa mendengar ‘jeritan-Nya!’ (bencana yang lebih dahsyat).
Lihat sahaja loji-loji nuklear di Fusyima Jepun yang dilumpuhkan hanya dengan kuasa air. Bukankah ini satu tempelakan kepada kemajuan teknologi yang dibanggakan oleh manusia tetapi akhirnya tunduk kepada kuasa ‘konvensional’ yakni air?
Walau bagaimanapun, ada bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta dari kebenaran. Ia akan menutup pintu hati dari melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:
“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa. (Surah al-An’am 6: 44)
Manakala secara peribadi dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang kita sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan. Firman Allah: “Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.” Thaha: 24
Ibnu Khatir  menjelaskan keadaan orang yang melakukan dosa dengan katanya: “Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meski pun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit.”
Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran.  Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri.
Perhatikanlah hari-hari yang kita lalui di Ramadan yang mulia ini, apakah penuh pahala atau sebaliknya. Bagaimana kita di sini (di dunia), begitulah kita di sana (akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!

Orang Yang Mencintai Kamu



Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Cinta & Bas






Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee… penuhnya…mesti takde tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.”

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak tengok bas tu dan awak akan cakap,“Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm…tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadi, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Checklist Lelaki Sebelum Berkahwin




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menjadi suami tidak lengkap jika tidak melakukan persiapan untuk menjadi seorang bapa atau ayah. Tidak kiralah persediaan umum atau khusus.
Saya masih ingat, seorang sahabat saya ketika beliau mula-mula menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada emaknya. Lantas emaknya bertanya :
“Sebelum berkahwin ini, emak hendak tanya. Sahril (bukan nama sebenar) Bersediakah untuk tinggalkan emak!?”
Tersentak sahabat saya. Ke situ pula emaknya bertanya. Kenapa emaknya bertanyakan soalan sedemikian? Ya, Ia ada kaitan denganpersoalan persediaan, persiapan dan target untuk melihat bahawa perkahwinan ini bukalah sesuatu yang kecil dan mudah.
Dan jika persoalan itu dapat dirungkaikan dengan jawapan. Barulah seorang emak akan merasa yakin dan tenang untuk melepaskan anak-anak mereka melangkah ke alam perkahwinan yang penuh duri dan ranjau.
Persediaan minda dan kerohanian, persediaan fizikal, persedian ekonomi dan persediaan sosial. Semua ini harus diselesaikan jika kita benar-benar sudah persedia dan memperkemaskan diri dengan ilmu dan sebagainya.
Untuk yang berhajat dan terfikir untuk berkahwin, kita harus melihat ke hadapan serta berpandangan jauh. Sekurang-kurangnya, kita melangkah ke alam perkahwinan dengan jiwaraga yang telah bersedia dan sudah mengetahui ujian-ujian dan cabarannya kelak yang bakal menanti.
Bukan sekadar PANDAI melafaz sakinah depan tok kadi semata-mata!
Mereka yang berjiwa besar sahaja, akan memikirkan untuk melakukan persiapan sebelum menempuhi jalan yang akan dilaluinya kerana mereka sudah mengetahui halangan-halangan di hadapan.
Alam perkahwinan tidak semudah dan seindah yang disangka. Lebih dari itu..
Alah, nanti bila dah kahwin kita mulakanlah dan fikirkanlah…
Jika ayat ini yang terlafaz keluar dari mulut kita, Berhati-hatilah. Kita sebenarnya, adalah seorang yang tidak berhajat untuk benar-benar mendirikan rumahtangga. Bermain-main api dalam soal perkahwinan, bererti kita sudah berusaha meruntuhkannya sebelum berkahwin.
Apa yang saya cakap ini bukanlah rekaan,tetapi melalui pemerhatian saya. Ada sesetengah itu, ada yang masih tidak tahu membaca surah al fatihah. Anda bayangkan, kalau perkara yang begini asas pun mereka tidak tahu, bagaimana mreka hendak mendidik anak-anak yang bakal lahir nanti.
Anda bersetuju dengan saya?
Wahai tuhan kami. Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.
Muhasabah buat diri saya juga dan sekadar perkongsian hati buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga akan datang.
Saya?.. Masih menghitung hari dan bulan! moga ada sinaran cahaya yang masih tetutup itu untuk terbuka kembali.
Begitulah hukum alam!

Suami Abad Ini




1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

Mirip Kisah Ku..









~Indah hidup bila matlamat hidup juga jelas; Mardhatillah~

"Macammana ya kita nak buat keputusan ni?"tanya seorang rakan pada suatu hari. Air matanya merembes.
Masalahnya ialah tidak tahu memilih lelaki yang mana untuk dibuat suami. Seorang amat disayangi namun, hubungan terhalang oleh ibu dan ayah. Seorang lagi berada berdekatan dan amat rela pula menyayanginya, sanggup terus berjumpa ibu bapa.
Saya menarik nafas dalam-dalam. Bukan sekali dua kami bertemu untuk membincangkan masalah ini. Tapi dah banyak kali. Walaupun dah banyak kali, saya harap dia berubah. Berubah untuk lebih tegas pada diri.
 Akibat tiada keputusan yang jelas dibuat, lalu, kedua-dua lelaki ini terus dihubungi.
"Tak payahlah nasihat dia tu. Kita pun dah rasa malas dah." Ujar seorang rakan lagi.
Namun, dalam hati saya bukan begitu. Dari jauh, saya masih berharap ada perubahan pada dirinya sendiri.


Tetap Pendirian

Dalam hidup ini, kita harus berani membuat keputusan. Serta berani untuk berhadapan dengan risiko keputusan kita.
Tidak kiralah dalam mencari pasangan hidup ke, atau membeli barang ke, atau merancang untuk bercuti ke dan lain-lain. Apa-apa saja perlu ketetapan pendirian. Jika tidak satu hari nanti kita jadi seperti Lebai Malang dalam cerita Melayu lama. Nak kejar ke kenduri di hulu tak dapat, nak kejar ke kenduri di hilir tak sempat.
Bila kita tetap pendirian, kita punya matlamat yang jelas untuk apa yang ingin kita capai. Bila sudah ada matlamat, kita tahu perancangan yang sepatutnya yang harus kita buat untuk capai matlamat tersebut. Sertakan sekali 'time frame' nya kalau boleh. Perkara sebegini juga memang selalu kita buat kalau kita buat program.
Tapi jika melibatkan 'program' dalam hidup, kita kena lebih disiplin. Kena lebih tegas pada diri. Kita berbincang dan merancang untuk sebuah kehidupan. Hidup ini amanah Tuhan. Allah tak jadikan kita hidup ini sia-sia atau main-main saja.

Cakap Secara Jelas

Seorang yang tetap pendirian biasanya akan terus melahirkan pendapatnya secara jelas. Bukan sekadar cakap di atas angin atau di atas pagar. Berlapik-lapik hingga tiada kejelasannya.
Mungkin ada yang kata bila cakap berlapik-lapik ini atau sengaja 'beat around the bush' ini lebih sopan bunyinya. Tapi jika hingga hilang kejelasan apa yang hendak disampaikan, maka hilanglah maknanya.
Usah sampai kata-kata yang sangat tidak jelas itu bertukar menjadi perkara yang menyusahkan.
Lihat saja Rasulullah sendiri, dalam menyampaikan wahyu baginda amat tegas biarpun penuh dengan kelembutan. Jika baginda tiada ketegasan dalam menegakkan yang haq, maka dakwah Rasulullah pada hari ini mungkin tidak sampai pun kepada kita.
Fikir-fikirkanlah..."Dan apabila ada dua golongan orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu daripada keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara kedunya dengan adil, dan berlakulah adil. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."

Monday, 21 May 2012

Kehidupan...







Pada masa dahulu, terdapat dua orang sedang berehat di bawah pokok yang besar.Di hadapan mereka terdapat padang yang luas yang dipenuhi dengan pelbagai bunga yang berwarna-warni.Bunga-bunga di situ sungguh cantik dan menarik.

Dua orang yang sedang berehat di situ adalah merupakan seorang guru dan anak muridnya.

Sedang mereka berehat anak murid bertanya kepada gurunya.
”Bagaimana kita dapat jumpa kekasih yang sempurna?”
Sambil terkejut dengan soalan anak muridnya,si guru pun berkata.
”Soalan itu sebenarnya mudah dan agak susah”
“Mengapa guru berkata demikian?”,tanya anak murid dengan kehairanan.
“Begini sebenarnya, untuk menjawab soalan yang kamu tanya tadi, sekarang cuba kamu lakukan perkara ini. Kamu jalan sahaja dari sini sampai ke hujung padang ini. Petik satu sahaja bunga yang kamu fikir cantik. Ingat cuma satu sahaja. Kamu juga dilarang berpatah balik.”
“Baiklah saya akan menurut arahan guru.Tunggu saya sebentar,”kata anak murid tersebut sambil berjalan untuk membuat perkara yang disuruh gurunya.
Selang beberapa ketika,anak muridnya kembali.
“Guru tak nampak pun ada bunga di tangan kamu?”,tanya guru sambil tersenyum.
“ Begini ketika saya berjalan, saya ternampak satu bunga yang cantik, tetapi apabila saya ingin memetiknya saya terfikirkan mungkin ada bunga lebih cantik lagi di hadapan. Ini menyebabkan saya tidak jadi memetiknya. Saya terus berjalan dan sehinggalah saya sampai ke hujung padang ,baru saya sedar saya tidak memetik langsung bunga pun. Oleh kerana mengikut arahan guru maka sebab itu saya tidak mengundur kembali .”
Guru itu pun menjawab,”begitulah kehidupan anak muridku”.
Pembaca sekalian, begitulah kehidupan yang berlaku sekarang ini. Bunga-bunga yang ada dipadang tersebut boleh dianggap sebagai calon-calon teman sejati kita.Laluan yang kita laluinya pula boleh dianggap sebagai garis masa kita dan anak murid tersebut adalah kita.
Oleh kerana terlalu memilih, akhirnya menyebabkan kita menjadi tamak.Kesannya kita terlepas peluang keemasan dalam kehidupan kita.Paling teruk kita terlepas untuk mendapat Cinta kita yang sejati.

Ciri-Ciri Suami Idaman




1. Penuh Semangat Dia bangun menjelang solat SUBUH lantas kemudian menunaikan solat subuh, selalu bersemangat menyambut hari baru, bersenandung (meski kecil) saat berlepas ke tempatr kerja.Lelaki yang penuh keriangan di pagi hari bererti sudah siap sedia menghadapi KESUKARAN hidup. Dengan rasa SYUKUR & SEMANGAT hidupnya yang tinggi, segala masalah yang muncul dalam pernikahan nanti pasti dapat diatasi dgn jayanya.

2.Mudah berbicara Cinta padamu. Apakah dia selalu mengatakan & menunjukkan rasa SAYANG padamu setiap hari meskipun lewat situasi yg biasa? Menurut penelitian, menyatakan rasa sayang secara TERATUR merupakan hal TERPENTING yang mendatangkan KEPUASAN dalam sebuah perkahwinan. Jika ketika ini dirimu memiliki 'kekasih' seperti itu, dikau sudah mendapat pasangan yang BAIK.

3. Punya Selera Humor pd dirinya. Dia senang tertawa bersama dirimu (tetapi bukan MENTERTAWAKAN dirimu). Dia tahu bahawa mentertawakan orang lain itu tidak KELAKAR. Dia juga tahu bagaimana memandang sisi 'terang' dari sesuatu. Lelaki PERIANG ini baik untukmu.

4. Pandai MENJAGA MENATA HIAS DIRI. Dia tak hanya peduli pada kerapian & keserasian berpakaian. Namun, dia juga peduli pada KESIHATAN dengan menjaga pemakanan, meluangkan waktu bersukan & cukup tidur. Percaya atau tidak, dia akan berada di sisimu untuk WAKTU 'lama'.

5. Sentiasa PEMURAH dgn kata2 MAAF. Dia selalu meminta maaf ketika berbuat kesalahan atau menyakiti perasaanmu, berusaha tak mengulangi kesalahan trsbt, & belajar dari kesalahan sehingga hubunganmu dan dia berkembang baik. Dia juga MENGERTI bahawa dengan mengatakan ‘MAAF' tidak akan mengurangi keJANTANANnya. He’s a gentleman ^^.


6. BERTANGGUNGJAWAB. Dia menikmati pekerjaan & berusaha mengerjakan dengan baik. Dia berbagi semangat kerja dengan dirimu & berusaha mengatasi kejenuhannya. Lelaki seperti ini tidak hanya mencari NAFKAH. Dia senang bekerja & bertanggungjawab itu elemen TERPENTING yg perlu ada.

7. Sentiasa Bekerjasama.Apakah dia peduli bahawa BEBAN dalam sebuah hubungan harus dibagi sama rata atau ADIL? Dia juga mahu menyingsingkan lengan baju tanpa DIMINTA? Kehadirannya di kala diperlukan sentiasa berlapang dada utk membantu tanpa perlu 'memberikan alasan'.

8. 1 VISI. Contohnya dirimu ingin mempunyai perniagaan bahkan dialah sumber inspirasi cita2mu, & sentiasa mmberitahu dirimu ingin mendidik anak2 kalian berlandaskan akidah Islam,Subhanallah. Ertinya dia juga ingin menjalani gaya hidup sepertimu. Meskipun ini masalah kesepakatan, apa pun impian dirimu,berkongsilah dengannya ea. Jika dia punya visi yang sama denganmu, lanjutkan ke rancangan seterusnya.

9. ROMANTIK. Lelaki ini memang agak SUKAR dicari. Setidak2nya jika dia ingat bila ulang tahun dirimu, memilih hadiah ulang tahun yang betul, mengirim SMS berisi puisi INDAH (meski hanya 'forward') & membuat dirimu bahagia sebagai perempuan, dialah PANGERAN pujaanmu.

10. Punya Etika dalam SIKAP. Dia tidak terburu-buru & berusaha mempertimbangkan PERASAAN orang lain. Dia berusaha mematuhi peraturan yang ada & tidak MELANGGARI peraturan main meskipun 'bermain' sendiri. Tidak ada lelaki yang lebih baik dari lelaki spt ini.

11.TEPATI JANJI. Dia berusaha menepati janji, datang ke pertemuan tepat waktu, memenuhi tanggungjawab & kewajipannya dengan senang hati.***klu blh jgn di praktikkan dlm masa perkenalan..cukuplah SELEPAS AKAD NIKAH ea ** Apa yang ia katakan sama dengan yang dimaksudkan. Persiapkan dirimu menjalani kehidupan yang menyenangkan bersama lelaki ini.

12. Selesa dengan KEHIDUPAN.Dia pasti akan menyenangkan jika dilalui bersama lelaki yang TAHU cara melewatkan waktu senggang. Dia tak hanya blh mencari kegiatan selain menonton TV, tetapi juga blh hidup tanpa kawalan jauh di tangan & ber' laptop' ketika bersamamu.

13. Calon Ayah Yang Baik. Apakah dia punya PERHATIAN besar pada anak-anak? Mahu membantu MENGASUH anak? Dan menurutnya anak-anak perkara yg TERBAIK,lucu & menakjubkan? Bahkan dia sudah berfikir menyiapkan tabungan untuk keperluan anak2nya kelak? Untuk semua jawapan di atas, DIRIMU boleh MENIKAHI lelaki ini.

14. MENGHARGAI PRIVASI.Punya kehidupan sendiri & tidak meminta dirimu sentiasa ADA untuknya. Tidak keberatan ketika dirimu meminta WAKTU untuk bertemu teman-temanmu. Dia juga MENGERTI untuk meninggalkan ruang buatmu berbicara dengan sahabat atau ibu di telefon.

15. PERHATIAN.Memang tak ada panduan pasti untuk mengukur seberapa baik & perhatian seseorang. Namun, jika dirimu merasa DICINTAI, bersamanya dirimu merasa LUARBIASA secara fizik & emosi serta ada rasa DAMAI ketika di sisinya, bererti dirimu sudah menemukan orang yang TEPAT.**sekali lg diri ini ingatkan..sebaik2nya perasaan ini HADIR slps PERNIKAHAN.

16. Ini adalah INTIPATI yg sungguh PENTING skli,SOLEH & Taat agama. Imam yang amanah adalah yang soleh & mentaati semua peraturan agama tanpa TERKECUALI. Kerana sebagai KHALIFAH atau pemimpin dalam keluarga yang berlandaskan ISLAM harus blh menjadi TELADAN terpuji bagi isteri dan anak-anaknya kelak. Jika dia memenuhi syarat sebagai lelaki yang soleh & taat agama bererti dirimu tidak salah memilihnya sebagai CALON suami. Jika belum menemukannya, jangan MENYERAH. Dia pasti "ADA" di suatu tempat di luar sana. insyaAllah...Semoga bermanfaat ea..:) syukran jiddan..


Cara - Cara Melupakan Seseorang





Jika putus cinta atau bercerai tentu ramai yang merana kerananya. kecuali jika anda seorang yang kuat semangat.
Ataupun jika anda merasa senang untuk mendapatkan pengganti.
Bukan mudah nak mengambil keputusan untuk bercerai terutama jika ada anak-anak yang akan menjadi mangsa perceraian ibu bapa.
Tetapi jika sudah tidak boleh lagi nak dielakkan maka anda harus berusaha untuk melupakan bekas kekasih atau bekas suami.
Yang paling susah adalah memadamkan kenangan yang bersarang dihati sebab setelah lama hidup bersama tentu sudah banyak suka duka yang dilalui.

Cara-cara berikut mungkin boleh membantu anda untuk melupakan bekas kekasih atau bekas suami :

1. Anggap dia tidak pernah wujud.
Ini mungkin susah sikit jika anda mempunyai anak. Maksudnya walaupun anda mempunyai anak dengan bekas suami anda mestillah kuatkan hati dan anggap semuanya tidak pernah berlaku. Bukannya untuk menidakkan hak suami untuk bersama dengan anak. Lebih mudah untuk melupaka bekas suami atau bekas kekasih jika dia yang melukakan hati anda terlebih dahulu.

Berhentilah berangan yang dia masih lagi milik anda dan janganlah anggap mereka sempurna dan jangan terkena pujuk rayunya, maka hubungan anda akan terjalin kembali sedangkan hati sakit mengenangkan setiap perbuatannya. Aggap sajalah dia tidak pernah wujud dalam hidup anda, dan kalau anda masih sanggup menerima perbuatannya yang menyakitkan hati maka anda kembalilah..! Tapi jangan harap dia akan berubah 100%.

2. Tutup buku.
Tutup serapat-rapatnya semua perkara yang pernah anda lakukan bersamanya jika anda benar-benar mahu berpisah dengannya. Anda harus ingat bahwa anda mahu menamatkan semuanya, anda mungkin akan bertemu dengan orang lain yang lebih tepat untuk anda, itu tidak mustahil. Jangan sesekali bertemu dengannya lagi jika sudah berpisah.

3. Jangan hubunginya lagi.
Ini satu perkara yang mesti anda amati, apabila anda memutuskan untuk menamatkan sesuatu perhubungan ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius.
Jangan sesekali hubunginya lagi kecuali jika anda ingin rujuk kembali, tetapi biarlah anda fikirkan semasak-masaknya segala keputusan yang akan anda ambil nanti.

Memang susah untuk melupakan seseorang yang sudah terlalu lama hidup bersama kita yang pernah kita cintai tetapi ianya bukan mustahil. jangan ber SMS atau email atau telefon dan jangan bertanya dengan kawan-kawan yang mengenalinya.

4. Sibukkan diri.
Anda akan punya banyak masa untuk diri sendiri, anda boleh sibukkan diri dengan pergi gim atau berjoging atau boleh juga mengikuti bengkel atau kelas yang anda minati yang anda tak berkesempatan untuk ikuti dahulu.

Jika anda rajin ke gim tubuh badan anda akan jadi lebih sihat dan cantik, dan tak mustahil anda akan dapat pengganti yang lebih baik dengan lebih cepat. Kalau takpun sekurang-kurangnya anda akan merasa sentiasa sihat dan cergas.

5. Lupakan semuanya.
Memang kadang-kadang anda harus berhati kering untuk melupakannya. Ini semua untuk kebaikan anda juga, membuang semua memori agak sukar jika anda adalah seorang yang melankolis. Tetapi sampai bila anda nak berkeadaan seperti itu?

Mungkin dia sedang bersenang-senang dengan orang lain apagunanya anda bersedih dan menyimpan memori cinta luka lagi. Belajarlah menjadi orang yang kuat pada hati dan tubuh badan.

6. Jauhi kawan-kawannya.
Anda perlukan pengorbanan jika serius mahu melupakan semuanya. Hal ini mungkin agak sukar terutama jika kawan-kawan dan keluarganya memang rapat dengan anda. Tetapi ianya baik untuk diri anda sendiri, dan jauhi juga tempat-tempat yang biasa anda pergi bersama.

Hal ini memerlukan masa tetapi jika anda cekal anda mampu melakukannya.
Biarlah hal ini berlalu dan anda jangan jadi orang yang lemah semangat dan jadi gila talak. Anggaplah semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

7. Jangan simpan barang-barangnya.
Apabila anda sudah maju kehadapan jangan sesekali berpatah balik atau menoleh kebelakang lagi. Apabila anda mulai mengingati kembali kenangan-kenangan bersamanya, apa sahaja barangan yang diberikan atau gambar-gambar ia akan mengingatkan lagi anda kepadanya.

Simpan saja gambar-gambar kenangan tersebut disebuah tempat yang berkunci dan jangan sesekali melihatnya kembali.

8. Keluar bersama kawan-kawan atau anak-anak.
Kenangan seringkali membuatkan kita terbuai-buai dengan perasaan. Apabila kenangan datang menjelma kita takkan merasa kuat untuk menahannya.
Tetapi hal ini dapat diatasi jika anda benar-benar mahu melupakan segala perbuatannya yang menyakitkan hati anda.

Keluarlah dengan kawan-kawan atau ajaklah anak-anak pergi bercuti ketempat-tempat yang anda tak pernah pergi. Mungkin hal itu akan dapat membuatkan anda melupakannya, jangan pulak menjadi sedih kerana anda tak dapat lagi bercuti dengannya.

Buang jauh-jauh bayangan dirinya, dan hadapi hidup yang baru. Anda mampu melaluinya jika anda mahu dan anda harus bersedia untuk itu.

9. Pergi beriadah.
Mungkin sewaktu anda masih bersama dengannya anda tak pernah atau jarang beriadah. Maka inilah masanya untuk melakukan semua itu. Pergilah beriadah dan bersukan supaya anda merasa senang tidur dimalam harinya.
Jangan peruntukkan masa untuk berangan lagi dengan bekas suami atau bekas kekasih.

10. Selalu ingat perkara buruk dan hal yang menyakitkan yang telah dilakukannya.
Jika anda masih selalu memikirkan dirinya mungkin susah untuk anda meneruskan kehidupan baru tanpa dirinya.
Jangan sesekali mengenang segala kemanisan sebab nanti anda akan sakit menanggung rindu dan menjadi gila talak pulak.

Yang berlalu biarlah berlalu, jodoh anda mungkin tidak panjang dengannya tetapi bukan bererti hidup anda sudah berakhir disini. Jangan fikirkan ini yang anda dapat setelah segala cinta dan pengorbanan yang anda berikan padanya, jika anda berfikir demikian anda akan mengasihani diri sendiri dan anda tidak akan dapat meneruskan kehidupan yang masih panjang.

Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya...