Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menjadi suami tidak lengkap jika tidak melakukan persiapan untuk menjadi seorang bapa atau ayah. Tidak kiralah persediaan umum atau khusus.
Saya masih ingat, seorang sahabat saya ketika beliau mula-mula menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada emaknya. Lantas emaknya bertanya :
“Sebelum berkahwin ini, emak hendak tanya. Sahril (bukan nama sebenar) Bersediakah untuk tinggalkan emak!?”
Tersentak sahabat saya. Ke situ pula emaknya bertanya. Kenapa emaknya bertanyakan soalan sedemikian? Ya, Ia ada kaitan denganpersoalan persediaan, persiapan dan target untuk melihat bahawa perkahwinan ini bukalah sesuatu yang kecil dan mudah.
Dan jika persoalan itu dapat dirungkaikan dengan jawapan. Barulah seorang emak akan merasa yakin dan tenang untuk melepaskan anak-anak mereka melangkah ke alam perkahwinan yang penuh duri dan ranjau.
Persediaan minda dan kerohanian, persediaan fizikal, persedian ekonomi dan persediaan sosial. Semua ini harus diselesaikan jika kita benar-benar sudah persedia dan memperkemaskan diri dengan ilmu dan sebagainya.
Untuk yang berhajat dan terfikir untuk berkahwin, kita harus melihat ke hadapan serta berpandangan jauh. Sekurang-kurangnya, kita melangkah ke alam perkahwinan dengan jiwaraga yang telah bersedia dan sudah mengetahui ujian-ujian dan cabarannya kelak yang bakal menanti.
Bukan sekadar PANDAI melafaz sakinah depan tok kadi semata-mata!
Mereka yang berjiwa besar sahaja, akan memikirkan untuk melakukan persiapan sebelum menempuhi jalan yang akan dilaluinya kerana mereka sudah mengetahui halangan-halangan di hadapan.
Alam perkahwinan tidak semudah dan seindah yang disangka. Lebih dari itu..
Alah, nanti bila dah kahwin kita mulakanlah dan fikirkanlah…
Jika ayat ini yang terlafaz keluar dari mulut kita, Berhati-hatilah. Kita sebenarnya, adalah seorang yang tidak berhajat untuk benar-benar mendirikan rumahtangga. Bermain-main api dalam soal perkahwinan, bererti kita sudah berusaha meruntuhkannya sebelum berkahwin.
Apa yang saya cakap ini bukanlah rekaan,tetapi melalui pemerhatian saya. Ada sesetengah itu, ada yang masih tidak tahu membaca surah al fatihah. Anda bayangkan, kalau perkara yang begini asas pun mereka tidak tahu, bagaimana mreka hendak mendidik anak-anak yang bakal lahir nanti.
Anda bersetuju dengan saya?
Wahai tuhan kami. Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.
Muhasabah buat diri saya juga dan sekadar perkongsian hati buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga akan datang.
Saya?.. Masih menghitung hari dan bulan! moga ada sinaran cahaya yang masih tetutup itu untuk terbuka kembali.
Begitulah hukum alam!

No comments:
Post a Comment