Pages

Sunday, 27 May 2012

Mahukan Suami Jutawan


Scha Al-Yahya (bukan nama sebenar) , keliru  lelaki yang manakah yang harus dipilih untuk menjadi suami beliau. Iaitu, antara  Hussin (bukan nama sebenar) atau Aizat (bukan nama sebenar juga) . Hussin adalah seorang penjawat awam kerajaan dan merupakan bekas kekasih lamanya yang kini menagih cintanya semula. Manakala Aizat adalah kekasih barunya yang hadir setelah Husin meninggalkannya. Aizat adalah seorang jurutera di sebuah syarikat kecil.
Berdasarkan pekerjaan dua lelaki ini, Scha mengambarkan, kehidupan rumahtangga beliau mungkin akan lebih bahagia dan terjamin jika bersama Husin.
Lisa Surihani (bukan nama sebenar yer) ,  mengadukan tentang masalah beliau. Beliau amat mencintai seorang lelaki  bernamaJehan Miskin (bukan nama sebenar lah!) . Namun begitu, ibu-bapa mereka tidak berapa setuju dengan pilihannya disebabkan Jehan Miskin ini tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap. Menurut Lisa, Jehan sebenarnya sedang sibuk berusaha untuk membangunkan perniagaan beliau. Disebabkan itulah beliau tidak bekerja makan gaji.
Tiada siapa yang pasti siapa pilihan terbaik untuk mereka. Hanya mereka yang dapat menentukan siapakah pilihan terbaik mereka.
Namun begitu, ingin berkongsikan sedikit pandangan saya berkenaan hal ini.
Kebanyakan (tidak semua) gadis, sememangnya  mahukan lelaki yang kaya sebagai bakal suami mereka. “Lebih terjamin!”… kata mereka. Apa yang “terkamin!”.. sayapun tak pasti.  Namun begitu, lelaki yang kaya/jutawan.. selalunya.. adalah lelaki yang sudah berumur ataupun sudah beristeri empat.
Ramai gadis yang terlepas pandang hakikat ini, “jutawan-jutawan yang sudah beristeri” pada waktu ini, kebanyakkannya, sewaktu mereka berkahwin dulu, mereka bukanlah seorang  jutawan. Suatu masa dulu, mereka hanyalah seorang lelaki biasa, ada yang bekerja makan gaji, ada yang hanya bekerja dikilang dan ada juga yang hanya membantu ibu-bapa mereka berniaga di pasar malam. Namun begitu, selepas berkahwin, lelaki-lelaki ini berasa lebih bertanggungjawap untuk menyediakan kehidupan yang terbaik untuk keluarga mereka. Ditambah lagi dengan dorongan si isteri yang sentiasa memberikan sokongan hingga akhirnya.. suami mereka ini, berjaya dan menjadi jutawan.
Nasihat saya kepada gadis-gadis di luar sana, pekerjaan kekasih anda pada waktu ini sebenarnya adalah tidak begitu penting dan sama sekali tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk jaminan masa hadapan hidup anda. Apa yang lebih penting pada pandangan saya, ialah, memastikan bakal suami (kekasih) anda itu mempunyai ilmu yang bagus di dalam perihal pengurusan kewangan.
Bagaimana nak tahu kekasih anda itu bijak mengurus kewangan atau tidak?… Mudah sahaja! lelaki yang bijak menguruskan kewangan selalunya ( diulangi.. “selalunya” yer.. bukan “mesti”..)...
  • tidak merokok
  • tidak gemar memakai pakain berjenama
  • tidak mengubahsuai kenderaan
  • tidak mempunyai hobi “mewah” yang memerlukan beliau berhabisan banyak duit.
  • tidak mempunyai hutang kad kredit yang melampau.
  • mempunyai polisi insuran/takaful
  • ada mempunyai wang simpanan
Itulah antara beberapa ciri lelaki yang bijak menguruskan kewangan dan “mungkin” akan menjadi jutawan suatu hari nanti jika anda (sebagai isteri) bijak memberikan mereka semangat dan dorongan kearah itu.
Jadi.. timbang-timbangkanlah….Yosh!

No comments:

Post a Comment